Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Pedas

Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Pedas

Bismillah

Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Pedas.

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca entry.Hari nie admin terlewat sedikit untuk upload entry baru sebab baru lepas betulkan adapter laptop.Adeh..So, hari nie admin ingin share satu lagi resepi simple di mana ia merupakan makanan orang bujang sebab masakan sambalnya tahan lama, malah bukan hanya sedap di makan dengan nasi panas, bahkan boleh di jadikan menu berbuka puasa untuk di makan bersama-sama dengan roti.So, resepi yang admin ingin kongsikan hari ini adalah Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Pedas.

Jadi,di sini admin akan sharekan apa bahan dan cara memasak resepi istimewa ini untuk tatapan anda sekalian seperti di bawah ye.hehe.

Bahan-bahan yang di perlukan :-

*1 biji bawang merah besar

*3 biji bawang putih

*semangkuk ikan bilis

*sedikit belacan

*minyak masak

*satu senduk besar cili kering yang telah di blend

*1 keping asam jawa

*sedikit garam

*sedikit ajinomoto

*sedikit gula

 

Cara memasaknya:-

#pertama sekali,bahan seperti bawang merah bawang putih dan belacan di tumbuk sehingga separuh hancur.

#kedua,panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga  garing,kemudian angkat letak di dalam pinggan.

#ketiga,selepas ikan bilis telah di angkat,tumiskan bawang merah dan bawang putih bersama belacan sehingga kekuningan.

#keempat,apabila bahan tumis sudah masak,kemudian masukkan lada kering dan tumis lagi sehingga masak,dan masukkan 1 keping asam keping bersama-sama dan kacau.Kemudian,masukkan sedikit garam dan ajinomoto dan kacau sehingga garing.

#Apabila sambal sudah garing,masukkan ikan bilis yang telah di goreng,letak secubit gula,kacau dan tutup api dan siap untuk di hidangkan.

Sekian,dari admin.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *