Resepi Ikan Kerisi Goreng Halia Simple

Resepi Ikan Kerisi Goreng Halia Simple

Bismillah

Resepi Ikan Kerisi Goreng Halia Simple

 

Resepi Ikan Kerisi Goreng Halia Simple Hi anda semua..Apa buat tu?.Jom terjah entry baru admin yang bertajuk Resepi Ikan Kerisi Goreng Halia Simple. Special untuk anda yang rajin masak, tetiba rasa blur untuk masak apa bagi mengisi perut yang telah keroncong tue, meh admin share another resepi simple, mudah dan yang paling penting orang yang malas pun mudah untuk membuat sebab ianya terlalu ringkas dan cepat di masak.

Tanpa membuang masa, jom skrol apa bahan yang di perlukan dan bagaimana untuk memasaknya.Ok. 🙂

 

Bahan-bahan Resepi Ikan Kerisi Goreng Halia Simple

  • -5 ekor ikan kerisi-siap di siang dan basuh
  • -kunyit
  • -sedikit garam
  • -1/2 inci halia
  • -2 biji bawang besar cina
  • -3 ulas bawang putih
  • -2 biji cili besar merah
  • -2 biji cili besar hijau
  • -10 tangkai cili api kampung
  • -sedikit minyak untuk memasak

 

Cara-cara memasak Resepi Ikan Kerisi Goreng Halia Simple

  • -Pertama kali bahan-bahan seperti bawang besar cina,bawang putih, halia, cili besar dan cili api kampung di hiris dan di basuh sehingga bersih.Kemudian, toskan air nya ye.

 

  • -Kedua, ikan kerisi yang telah siap di basuh tersebut, di lumurkan dengan kunyit dan sedikit garam sebelum di goreng.Apabila telah selesai, panaskan minyak dan goreng ikan tersebut sehingga masak dan garing.

 

  • -Ketiga apabila sudah masak ikan tersebut, angkat dan masukkan di dalam pinggan.Selepas itu, keluarkan sedikit minyak hasil daripada gorengan tersebut dan masukkan semua bahan yang telah di hiris tadi di dalam kuali dan kacau sehingga betul-betul masak sehingga ia berbau wangi dengan campuran bahan hirisan tersebut.

 

  • Apabila bahan hirisan tersebut telah betul-betul masak dan berbau wangi, masukkan ikan goreng kerisi tersebut dan kacau sebanyak 3 kali sehingga ikan tersebut sebati dengan bahan hirisan yang telah di goreng tersebut,kemudian boleh di padamkan api gas dan di masukkan di dalam pinggan yang telah tersedia ada.

 

  • Ahkir sekali, anda boleh menjamunya dengan nasi panas.Rasanya seperti ada rasa halia, pedas dan sebagainya.Ini masakan paling simple, terpulang sama anda anda mahu letakkan cili api kampung atau tidak.Selamat mencuba ye. 🙂

 

 

Trending Terms :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *