Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bismillah

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat.Program Rumah Mesra Rakyat SPNB diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dan selesa.Jom tengok bagaimana untuk memohon rumah SPNB ini.

Sebelum memohon .jom kita semak syarat -syarat permohonan seperti di bawah:-

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

 

FLOW PROSES PERMOHONAN SPNB

FLOW PROSES PERMOHONAN SPNB

 

Sekarang admin terangkan bagaimana untuk memohon rumah SPNB ini seperti di bawah:-

Pertama sekali anda perlu log in di web seperti ini https://rmronline.spnbmesra.com.my/ kemudian akan muncul paparan seperti di bawah:-

webpage spnb
https://rmronline.spnbmesra.com.my/

 

Kemudian, memandangkan anda sebagai pengguna baru, jadi klik butang pendaftaran baru kemudian isi maklumat yang di kehendaki seperti di paparan di bawah:-

borang untuk pendaftaran login

  • Pilihan negeri dan parlimen mestilah mengikut alamat tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia nanti.
  • Akhir sekali klik butang “Daftar” untuk menghantar pendaftaran Login.
  • Satu email mengandungi butiran login dan kata laluan akan dihantar kepada email pendaftaran anda seperti berikut:-

email pendaftaran spnb selepas siap mengisi borang online

  • Gunakan login ID dan kata laluan tersebut ketika log masuk laman utama Sistem Pendaftaran RMR1M
  • Selepas pendaftaran login, satu borang pra-pendaftaran akan dimuat turun. Sekiranya borang tersebut tidak dimuat turun secara automatik, klik pada pautan yang disediakan seperti berikut:
  • pautan borang pendaftaran spnb

 

Borang Pra-Pendaftaran tersebut mengandungi
1) Surat Aku Janji Pemohon,
2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah dan
3) Borang Lawatan Tapak Bergambar
Lengkapkan kesemua borang di atas dan imbas salinan borang tersebut kepada bentuk imej digital (jpg,bmp dll) untuk dimuat naik semasa pendaftaran nanti.

sekian dari admin

 

Trending Terms :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *