Zakat Perniagaan-Definisi Serta Kaedah Pengiraan

Zakat Perniagaan-Definisi Serta Kaedah Pengiraan

Bismillah

Zakat Perniagaan-Definisi Serta Kaedah Pengiraan

 

Zakat Perniagaan-Definisi Serta Kaedah Pengiraan.Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan.Didalam zakat perniagaan,terdapat dua kaedah pengiraan iaitu growth model dan working capital.Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat.

 

Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan

  • Growth Model 

    Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

    Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/-Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

 

  •  Kaedah Modal Kerja “Working Capital”

Mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset Semasa -Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

Pelarasan

1. Ditolak Daripada Aset Semasa.

  • Barang-barang Tidak Wajib Zakat

Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak.

  • Bukan Milik Sempurna

Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB).

  • Si Penghutang Kewangan

Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu.

  • Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali

Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.

  • Aset Semasa Mestilah Yang Produktif

Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak

  • Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan

Tabung bagi tujuan kebajikan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat.

  • Bagi Kategori Inventori / Stok

Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira.

 

Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)

Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.

 

2. Dicampur Kepada Tanggungan Semasa

Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.:

Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:

    • Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
    • Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon.
    • Cukai

 

Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:

  • Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu ‘financial loans’ dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
  • Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).
  • ‘Overdraf’.
  • Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).

 

Pengiraan zakat perniagaan:-

pengiraan zakat perniagaan
pengiraan zakat perniagaan

Anda boleh klik di pengiraan online zakat perniagaan

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *