Zakat Pendapatan -Definisi,Jenis,Nisab & Pengiraan

Zakat Pendapatan -Definisi,Jenis,Nisab & Pengiraan

Bismillah

Zakat Pendapatan -Definisi,Jenis,Nisab & Pengiraan

 

Zakat Pendapatan -Definisi,Jenis,Nisab & Pengiraan.Zakat merupakan salah satu rukun Islam ke 4 yang harus dikeluarkan oleh indivdu dengan qadar tertentu pula dan salah satunya adalah zakat pendapatan,di mana terdapat perkiraannya 2.5% melalui 2 cara iaitu tanpa tolakan dan dengan tolakan.

 

Takrif Pendapatan (al-Mal al-Mustafad)

 Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

DALIL ZAKAT PENDAPATAN

Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):-

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Al-Baqarah (2): 267]

 

 Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tunaikanlah zakat harta kamu”.
(Riwayat at-Tirmizi)

 

Jenis-Jenis Harta Pendapatan

Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja-

Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.”Contoh :

  • Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
  • Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

 

Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan

Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa ” dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib.”Contoh :

  • Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah
  • Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan

 

Zakat Harta Kerja Bebas

harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional..Contoh :

  • Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
  • Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
  • Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.
  • Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
  • Hasil tunai sekali sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.

 

Zakat Harta al-Mustaghallat

segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh:

  • Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
  • Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
  • Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual

 

NISAB DAN HAUL ZAKAT PENDAPATAN

Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.

 

PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Pengiraan zakat pendapatan terbahagi kepada  pengiraan iaitu tanpa tolakan dan dengan tolakan.Dimana pada masa kini anda boleh mengetahui berapa yang anda perlu bayar zakat hanya dengan online sahaja.Salah satu admin ambil contoh yang menggunakan sistem perkiraan online adalah klik di sini -> pengiraan zakat online . 

Jadi anda boleh memilih sama da ingin mengetahui jumlah pengiraan tanpa tolakan atau dengan tolakan.Contohnya adalah seperti di bawah:-

pengiraan zakat pendapatan tanpa tolakan
pengiraan zakat pendapatan tanpa tolakan

 

pengiraan zakat pendapatan dengan tolakan
pengiraan zakat pendapatan dengan tolakan

 

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *