Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh

 

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh

 Bahan-bahan:

  • ½ cawan belimbung buluh (direbus)
  • ½ cawan cili padi
  • 6 ulas bawang besar (3 biji ditumbuk halus, 3 biji dihiris)
  • 1 ½ camca besar kicap pekat
  • 2 genggam ikan bilis (bersihkan)
  • 5 camca besar kicap manis
  • Sedikit garam dan gula
  • Minyak masak

 

 Cara Memasak Belimbing Buluh:

  • Bersihkan belimbing buluh. Masukkan dalam periuk tanpa menambah air. Masak dengan api yang perlahan sehingga belimbing buluh tadi mengeluarkan jusnya sendiri.
  • Perlahankan api dan kacau dengan kerap. Biarkan sehingga belimbing buluh kecut jusnya kering. (Menunggu belimbing buluh itu kecut mengambil masa lebih dari 3 jam)
  • Pastikan anda sentiasa kacau selang antara 2 – 3 minit. Bila belimbing buluh telah kecut dan gelap seperti asam jawa, tutupkan api dan sejukkan

Bahan Sambal Hitam:

  • Ambil bahan diatas, tumbukkan cili padi sehingga lumat. Bawang besar tadi juga anda tumbukkan sehingga halus. Belimbing buluh yang telah anda rebus tadi juga tumbuk sehingga hancur. Ketepikan.

Cara Memasak Sambal Hitam:

  • Tambahkan kicap pekat, kicap manis, garam dan gula. Masak dengan api yang kecil dan biarkan ia sehingga kering. Setelah ia kering dan kelihatan seperti serunding, tutupkan api.
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi serta ikan bilis. Kacau dan biarkan sehingga ia kelihatan garing.
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang yang dihiris tadi sehingga naik bau.
  • Sedia untuk dihidangkan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *