Resepi Sambal Goreng Tempe Pedas Manis

Resepi Sambal Goreng Tempe Pedas Manis

Resepi Sambal Goreng Tempe Pedas Manis

Resepi Sambal Goreng Tempe Pedas Manis

 

Tempe adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya ini cukup berkhasiat dan kaya dengan protein.Pengambilan tempe secara rutin juga dapat memberikan manfaat yang positif buat tubuh. Tempe dikatakan membantu menurunkan kadar kolesterol jahat,berupaya menurunkan tekanan darah, membantu menjaga kesihatan sistem penghadalam, membantu mencegah kanser serta turut membantu mengatasi gejala-gejala menopause.

 

Berikut cara membuat Sambal Goreng Tempe.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 600 gram tempe, dihiris nipis
  • 5 biji bawang merah, dihiris halus
  • 2 biji bawang putih, dihiris halus
  • 7 biji cili padi, dihiris halus
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • 100 gram gula Melaka
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 1/2 sudu kicap manis.

 

Cara Membuatnya:

  • 1. Goreng tempe sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  • 2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi, sehingga berbau harum dan kering.
  • 3. Masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan gula Melaka.
  • 4. Tambahkan sedikit air agar bahan-bahan rempah tersebut lebih mudah sebati dan rata.
  • 5. Jangan masukkan tempe jika bahan-bahan tadi masih banyak mengandungi air, tunggu sehingga ia mengering.
  • 6. Kemudian barulah masukkan tempe, gaul hinga sebati sambil dirasa. Jika kurang masin, tambahlah garam atau gula.
  • 7. Biarkan sehingga kering.
  • 8. Dah siap. Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas yang tertutup atau kedap udara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *