Resepi Pajeri Nenas Mudah & Sedap

Resepi Pajeri Nenas Mudah & Sedap

Bismillah

Hi korang, korang tahu tak apa resepi yang mak-mak kita suka masak pada seketika dahulu dan ianya di anggap legend sangat, terutamanya di majis kenduri tertentu.Untuk pengetahuan korang juga, resepi ni sedap di makan bersama dengan telur dadar, ikan goreng atau pun sambal belacan.

Nama resepi yang legend tersebut ialah Pajeri Nenas.Cara untuk membuat resepi ini sangatlah mudah , so admin bagilah nama tambahan resepi ini sebagai Resepi Pajeri Nenas Mudah & Sedap.hihi.

Resepi Pajeri Nenas Mudah & Sedap ini kalau di makan bersama nasi panas,perghh..haha,korang boleh imagine sendiri kn.hehe.

Orait, dari admin membebel , so di sini admin kongsikan resepi Resepi Pajeri Nenas Mudah & Sedap seperti di bawah:-

Bahan-bahan:-

  • 1 biji nenas masak 
  • 5 biji bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan bunga pelaga)
  • 3 sudu besar Kari Daging Adabi
  • Segengam ikan bilis
  • 4 sudu besar kerisik
  • Gula 
  • Garam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar cili kering

 

Cara-cara awalan penyediaan:-

  • Bersihkan nenas dan hiris-hiris setebal 1.5cm lebih kurang.
  • Blender atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  • Cuci dan bersihkan ikan bilis, tumbuk separa halus. Jangan halus sangat.
  • Masukkan kari daging dalam mangkuk dan jadikan ia paste dengan menambah sedikit air.

 

Cara-cara memasak Resepi Pajeri Nenas Mudah & Sedap:-

  • Pertama kali, kita panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan bawang yang telah ditumbuk dan tumis sehingga wangi semerbak.
  • Kedua, masukkan cili kering dan kacau sehingga pecah minyak. 
  • Ketiga, masukkan ikan bilis yang telah di tumbuk separuh hancur tadi, dan kacau bagi nampak garing.
  • Keempat,masukkan paste kari daging tadi dan tumis sampai agak “masak”. Agak masak tu bila kari berubah warna jadi kemerah-merahan sikit
  • Kelima, masukkan nenas dan gaul sebati kemudian tambah air. Air tu letak la asalkan nampak keluar dari tepi-tepi nenas tu tapi jangan tenggelam semua tau. 
  • Keenam, masak sebentar sampai nenas tu menyerap kari. 
  • Ketujuh, masukkan kerisik, sedikit gula serta garam. 
  • Kelapan,masak pajeri tu sehingga air semakin berkurangan dan nenas nampak masak dan sebati dengan kari. 
  • Kesembilan, cuba try n error rasa, kalau ada rasa masam dan manis so kira sedapla tu.hehe
  • Akhir sekali, kalau nak tau dah masak atau belum, tengok pada kuahnya, kalau kuah pekat, rasa sedap semasa merasa, jadi matikan api dan siap !. 🙂

 

Kesimpulan

Admin nak bagi tips dari pembacaan admin mengenai pajeri nenas nie, kalau korang rasa pajeri tue sedap semasa memasaknya, di sini admin senaraikan beberapa tips ye kawan-kawan:-

  • Pajeri bukan sejenis makanan yang berkuah cair, kerana kuahnya memang sentiasa pekat
  • Bahan wajib adalah kerisik di mana. kerisik di gaul bersama rempah sebelum di tumis
  • Masakan ini tidak perlukan sebarang serai.Harap maklum taw.
  • Paling penting, rasanya mesti lengkap dengan rasa rempah, rasa gula, rasa lemak.Itu penting bagi masakan pajeri looks perfect.hehe.

mingguan wanita

Sekian, perkongsian dari admin untuk semua.

🙂

 

 

 

Trending Terms :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *