Resepi Kuah Durian Dan Pulut Yang Sedap Berlemak

Cara Memasak Kuah  Durian

Resepi Kuah Durian Dan Pulut Yang Sedap Berlemak

Resepi Kuah Durian Dan Pulut Yang Sedap Berlemak

Mudah jer buat kuah ni, jom lah tengok resepi di bawah. Nanti selain makan dengan pulut, saya cadang nak makan dengan roti.

Bahan bahan:

6 ulas durian
Santan secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
sedikit air

Cara Memasak Kuah  Durian

Cara Memasak Kuah  Durian

Masukkan  beberapa durian ke dalam periuk, tambah santan, gula dan garam juga sedikit air.  Jika suka, boleh juga dimasukkan susu pekat sedikit. Kacau  sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak. Jika rasa terlalu pekat, masukkan air. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan pulut atau dengan roti.
Pulut pulak saya memasak dengan cara mengukus sehingga masak tanpa air, santan atau garam. Beras pulut yang direndam semalaman, dimasukkan dalam pengukus selama 20 minit.
Cara Mengukus Pulut
Cara Mengukus Pulut
Ada pelbagai cara, ikut bagaimana pulut hendak dimakan.
Jika pulut dimakan dengan kuah durian, ada beberapa cara:
a. kukus kering beras pulut yang dibasuh dan ditos tanpa perlu dimasukkan air, santan dan garam. Kukus hingga pulut masak.
b. Kukus kering seperti di a. di atas dalam 20 minit. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tuang air yang dicampur dengan garam atas pulut tadi dan dikacau rata. Lepas tu, kukus lagi selama 10 hingga 20 minit.
c. Kukus seperti memasak nasi,  beras pulut dicampur air separas beras pulut dan masukkan dalam loyang dan kemudian dikukus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *