Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar Viral

Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar Viral

Bismillah

Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar Viral

Salam dan hi kepada semua.Hari nie admin ingin berkongsi satu resepi yang mudah untuk pembacaan anda semua yang bertajuk Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar Viral.Kenapa admin kata ianya mudah dan viral??sebabnya bahannya terlalu simple dan mudah di dapati kerana hanya menggunakan 3 bahan sahaja.Di samping itu, resepi ini juga tidak memerlukan anda untuk kukus selama sejam kerana ianya hanya perlu di sejukkan di dalam peti ais, kemudian makan.hehe. Ha, tak percaya?jom tengok seperti di bawah apa yang admin ingin kongsikan kepada anda semua.

 

Bahan-bahan Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar Viral

 

  • 200 gram biskut marie
  • 120 gram peanut butter
  • 70 gram buttercup
  • 200 gram dark coklat

Peralatan sampingan:

  • baking paper
  • loyang 6 inci petak

 

Cara penyediaan Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar Viral

Pertama , anda hendaklah menghancurkan biskut marie tersebut.Lepas itu masukkan  60gram  peanut butter dan 70 gram buttrcup.Kemudian kisar bahan tersebut sehingga sebati.

Kedua, masukkan bahan yang pertama tadi di dalam bekas yang sudah di lapik dengan baking paper.Kemudian, mampatkan bahan tersebut di dalam loyang tersebut.

Ketiga, double boilkan 200 gram dark coklat.Ratakan di atas bahan yang telah di mampatkan tadi.Kemudian, baki 60 gram peanut butter tadi di double boilkan dan di letakkan juga di atas dark coklat yang telah di letakkan dahulu tadi.Selepas itu, anda lorekkan ikut suka sehingga menjadi seperti marble.

Keempat, setelah di lorekkan anda masukkan di dalam peti ais untuk di biarkan ianya mengeras dan boleh di potong apabila ianya sudah siap.

selamat mencuba

 

sumber

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *