Kek Coklat Kukus (Sukatan Cawan)-Jom Buat

Kek Coklat Kukus (Sukatan Cawan)-Jom Buat

Bismillah

Kek Coklat Kukus (Sukatan Cawan)-Jom Buat .Ha, itu entry yang akan admin kongsikan hari nie,sebab tetiba teringat kek kukus coklat ni.hehe.Nak buat kek ini perlukan try and error , sebab jujur admin katakan, admin pun tidak terlalu pakar di dalam masakan terutama yang melibatkan kek, dan admin pun try and error untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Disini admin kongsikan resepi kek coklat kukus, tapi menggunakan versi sukatan cawan.Sebab bagi admin menggunakan sukatan cawan lagi mudah faham berbanding sukatan timbangan. 🙂

 

Bahan-bahan kek coklat kukus (sukatan cawan)-jom buat

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla

 

Cara penyediaan kek coklat kukus (sukatan cawan)-jom buat

  • Pertama sekali, campurkan 1 cawan gula,1 cawan susu cair,1 cawan susu pekat,1 cawan minyak masak ke dalam kuali.
  • Kedua,masak bahan yang pertama tadi di atas api yang kecil sehingga bahan tersebut larut dengan sekata.
  • Ketiga, di dalam bekas lain 1 1/4 tepung gandum,1 sudu kecil baking powder,1 cawan serbuk koko dan 1 sudu esen vanilla di ayak sekali.
  • Keempat, 4 biji telur di pukul dengan kembang dan campuran bahan masak pertama tadi di campurkan di dalam telur yang telah di pukul dengan kembang dan kacau.
  • Kelima,masukkan bahan yang telah di ayak tadi juga secara perlahan-lahan di dalam campuran telur bersama bahan masakan pertama tadi, dan kacau sehingga warna campuran sebati dan tiada ketul-ketul.Kemudian di masukkan di dalam loyang sebelum di kukus.
  • Keenam, pengukus di panaskan bersama sukatan air yang mencukupi,dan apabila air sudah mendidih, masukkan adunan di dalam loyang tadi di dalam pengukus.Pastikan loyang tadi di tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan wapa air terkena pada permukaan kek,nanti permukaan tidak berapa cantik.
  • Ketujuh, kukus kek selama 1 jam.

 

Sekarang admin berkongsi pula bagaimana untuk membuat topping bagi kek kukus coklat yang telah masak.Jadi terasa la macam moist-moist dan creamy.hehe

 

Bahan-bahan topping kek kukus coklat

 

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu serbuk koko
  • 2 sudu mentega

 

Cara-cara penyediaan topping kek kukus coklat

 

Pertama , masukkan kesemua bahan yang admin sebutkan di atas di dalam kuali dan kacau secara perlahan-lahan sehingga larut dan mendidih.Apabila sudah mendidih,sejukkan sebentar kemudian curahkan ke atas kek coklat kukus yang sudah dibuat.Kemudian, potong dan makan.

Settel.

sekian, dari admin.Mudahkan , jadi practise makes perfect ok.

🙂

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *