Karipap HomeMade Inti Sosej,Simple

Karipap HomeMade Inti Sosej,Simple

Bismillah,

Terajin pulak nak share pasal satu resepi nie.Tajuk resepi………Karipap HomeMade Inti Sosej,Simple.. Haha..Bulan 12 ni banyak betul pasal dapat merasai homemade punya masakan, terutama kuih muih ni.Maklumlah adik admin yang teacher tue cuti,so admin balik-balik dah ada hidangan .hahaha..Rezeki..dah ada..ngap je la..:-). Ok, malas nak kelaut sangat , so ni admin senaraikan dari A to z..haha..Sempat taw admin catat dalam kertas untuk di kongsikan bersama.Orang kata, ilmu jangan kedekut..hihi.

Bahan untuk kulit karipap

  • 1 kg tepung gandum
  • 80gm margerin
  • air @ secukupnya
  • sedikit garam

Bahan untuk inti karipap

  • 10 biji kentang potong dadu.
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging – bancuh dgn sedikit air.
  • 5 batang sosej di goreng dan potong sedang, dan blend sikit-sikit.
  • 1 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Cili kisar.
  • Garam perasa dan sedikit gula

Cara buat karipap kentang sosej

  1. Buat doh dan bahan buat doh, uli tepung gandum,majerin, air secukupnya dan sedikit garam.
  2. Siap buat doh biar seketika dan boleh buat inti pula.
  3. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar, kari ayam dan daun kari hingga naik minyak.
  4. Masukkan sosej dan kentang potong dadu tadi, masak hingga kentang lembut dan masak.
  5. Masukkan garam cukup rasa, gula dan perasa biar seketika dah siap untuk inti karipap proses seterusnya.
  6. Doh tadi bulatkan segengam, leperkan guna pengguling, letak inti ditengah dan lipat dengan gunakan acuan karipap sedia ada.
  7. Panaskan minyak masak, boleh goreng hingga kekuningan boleh angkat dan toskan.
  8. Dah sejuk, boleh ngap… :-p

sekian..:-)

Trending Terms :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *