Bubur Pulut Hitam Durian Kampung

Bubur Pulut Hitam Durian Kampung

Bismillah

Bubur Pulut Hitam Durian Kampung-

🙂

 

Musim durian melanda sekarang nie pada penghujung tahun..:-)

Tidak kisahlah apa-apa jenis duriannya, sebab masig-masing ada kegemarannya yang tersendiri.

Sape yang tidak menyukai buah-buahan yang di panggil raja segala buah,iaitu buah durian.Begitu juga admin.Korang suka buah durian yang mana ye??Kalau admin, buah durian kampung,tetapi admin lebih suka kalau isi nya di olah dan di buat masakan, terutama masakan tempoyak atau pun di jadikan bubur durian.Orait, bila di sebut bubur durian, admin ingin share satu resepi yang berkaitan dengan durian, iaitu Bubur Pulut Hitam Durian Kampung.

Kalau korang ingin tahu, di rumah admin kalau durian nie, memang kitaorang akan campurkan di dalam bubur pulut hitam,sebab lagi terasa keenakkannya..hehe.Jadi korang pun cuba lah, bayangkan selepas bubur itu masak, kemudian korang sejukkan di dalam peti ais..mak aii..memamg nikmatnya tidak payah cakap,sebab bubur pulut hitam ini bila sejuk di tambah pula semasa masakan di campur durian kampung,haha..korang bole bayang sendiri keenakkannya.hehe..

Ok, tanpa membebel yang tidak tentu pasal, di sini admin kongsikan resepi Bubur Pulut Hitam Durian Kampung yang admin ceritakan tersebut. 🙂

bahan-bahan 🙂

  • 1 paket pulut hitam -(di rendam dengan air campur sedikit minyak kelapa masak,bagi memudahkan pulut cepat kembang & masak)
  • gula (ikut kepada lidah korang ye)..:-)
  • 1 kotak santan (500 ml)
  • air (ikut banyak mana korang nak letak, agak2 je)
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan, di basuh dan di ikat (untuk di masukkan ke dalam periuk semasa memasak pulut hitam)
  • 1 biji durian kampung (isinya di ambil sekali dengan biji),lagi banyak durian,lagi sedap.hehe

Cara-cara memasak 🙂

  • Pertama kali, pulut hitam yang telah di rendam tersebut, di rebus di dalam periuk sehingga kembang di campiur dengan 2 helai daun pandan yang telah di ikat tadi.Proses memasak pulut ini bagi admin mengambil masa dalam 15-20 minit sebab semasa admin rendamkan pulut hitam tadi, admin campurkan dengan minyak kelapa, jadi admin tidak perlu menunggu masa lama untuk memasaknya.hehe
  • Kedua, apabila pulut hitam sudah kembang dan masak secukupnya, campurkan santan kotak 500ml kedalam pulut hitam , kemudian kacau dan kacau sehingga sebati.Seandainya pekat, boleh tambahkan air masak di dalam periuk tersebut.
  • Ketiga, apabila sudah mendidih, bolehlah perasakan dengan sedikit garam dan gula pasir.Tahap keletakan gula pasir  tersebut, ikut kemanisan korang macam mana.Kalau admin, admin hanya letak sedikit sahaja, sebab admin hendak campurkan dengan 1 biji durian kampung.Durian kampung mempunyai kemanisan yang tersendiri.
  • Keempat,apabila sudah di gaul sebati semua, boleh la campurkan dengan isi durian kampung tadi.Kacau dalam 5-10 minit,kemudian tutup api gas dan SIAP !.

Tada..kat bawah nie rupanya.. 🙂

Bubur Pulut Hitam Durian Kampung

 

Sekian hasil perkongsian dari admin.hehe

Jemput semua

🙂

 

 

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *