Menu Lunch Hujung Minggu (AHAD)

Menu Lunch Hujung Minggu (AHAD)

Bismillah

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” ( Ar-Rahman [55] )

 

 

Hi korang, Menu Lunch Hujung Minggu (AHAD) korang apa ye?

Di sini admin sharekan menu admin hari ni..ada 3 menu sempena weekend…

Banyakkan?Well,adik admin request, so kena pelbagaikan Menu Lunch Hujung Minggu (AHAD).. 🙂 Yummy-yummy.

Di sini admin list 3 menu yang admin bersama mak sediakan.

  1. GULAI CILI PADI IKAN TONGKOL + PETAI JERUK + KACANG BUNCIS
  2. SAMBAL BELACAN HOME MADE
  3. TELUR DADAR GORENG + HIRISAN BAWANG DAN CILI AKAR

Kita straight to the point bagaimana persediaan setiap menu tersebut.Admin akan terperincikan dari A-Z.hehe.

MENU PERTAMA:-

GULAI CILI PADI IKAN TONGKOL + PETAI JERUK + KACANG BUNCIS

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-

**Seekor ikan tongkol yang bersaiz sederhana, di siang, basuh dan di lumurkan sedikit kunyit dan garam

**1 ulas bawang besar merah, basuh dan blendkan (bawang putih tidak perlu ye,sebab memang tiada dalam kamus masakan, gulai ikan perlukan bawang putih)..hehehe

**Segenggam cili akar, bersihkan dan blend

**Sedikit belacan

**Santan 500 ml

**garam secukup raa

**asam jawa sedikit

**perasa secukupnya

**segenggam kacang buncis

**sedikit petai jeruk,ambik petai je taw.

Cara-cara memasaknya:-

**Pertama, ikan tongkol yang telah di lumur dengan kunyit bersama dengan garam, di gorengkan separuh masak, then angkat letak dalam pinggan

**Kedua, bawang  besar merah yang telah di blend, cili akar yang telah di blend bersama belacan, masakkan di dalam periuk sehingga mendidih selama 3 minit, api sederhana.

**Ketiga,  bila sudah mendidih bahan di no.2, masukkan santan, kacau sehingga mendidih.

**Keempat, apabila bahan di no.3 telah mendidih, masukkan ikan goreng separa masak td, then kacau perlahan-lahan sehingga sebati, campurkan petai jeruk tadi dan perasakan dengan perisa bersama garam serta sedikit air asam jawa.

**Kelima, apabila sudah sebati semua, masukkan kacang buncis , kacau 3 kali then tutup api.

**Keenam, get ready untuk di makan.Di bawah ni, gambar yang admin mabil, tapi lauk dalam periuk la.haha.Gambar seperti  di bawah:-

GULAI CILI PADI IKAN TONGKOL + PETAI JERUK + KACANG BUNCIS
GULAI CILI PADI IKAN TONGKOL + PETAI JERUK + KACANG BUNCIS Masak je,admin snap gambar.hahaha, teruk naa admin ni.

 

Pages: 1 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *